KARNIVAL LITERASI BELADIRI PSSCM
“ILMU DAN JATI DIRI, TERAS GENERASI MADANI”
TARIKH:
15 & 16 OGOS 2025 (JUMAAT & SABTU)
TEMPAT:
INSTITUT PENDIDIKAN MALAYSIA, KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANGI
ANJURAN:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
BERSAMA RAKAN SINERGI
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR
Kejohanan Waja Diri PSSCM (KWD) ialah pertandingan berbentuk persembahan Silat Cekak yang mula dipertandingkan pada tahun 2007 dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak sebagai tuan rumah pertama. Penganjuran kali terakhir diadakan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak. KWD Tunas PSSCM Kali Pertama mula diperkenalkan sebagai satu platform yang mengutamakan kepada kanak-kanak dan remaja.
Kejohanan Waja Diri Tunas dan Remaja (KWDTR) PSSCM Kali Pertama ialah salah satu program baharu yang dianjurkan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia yang dikhususkan kepada Kanak-kanak dan Remaja. KWDTR PSSCM Kali Pertama ini diambil diatas minat dan sambutan yang sangat menggalakkan di Kejohanan Waja Diri ke-10 di UniSZA. PSSCM Cawangan Selangor telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah dan mengendalikan program kejohanan waja diri ini khususnya bagi kategori Seni Silat Cekak Malaysia di peringkat sekolah-sekolah dan kelas-kelas awam seluruh negara
KWDTR PSSCM Kali Pertama ini juga merupakan julung kalinya dipertengahkan Khas buat Kanak-kanak dan Remaja iaitu Kategori Tunas & Kategori Remaja. KWDTR ini mula diperkenalkan pada kali ini rentetan tertubuhnya kelas-kelas latihan PSSCM dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan remaja 13 hingga 17 tahun. Sehubungan itu, bagi memberi pendedahan kejohanan/pertandingan kepada ahli-ahli peringkat sekolah ini, kategori baharu diwujudkan.