Pertandingan Media adalah Anugerah Video & Poster Tunas dan Remaja PSSCM 2026 merupakan pertandingan media kreatif yang dianjurkan sebagai program sampingan sempena Karnival Waja Diri Tunas & Remaja (KWDTR) PSSCM 2026.
Pertandingan ini bertujuan menyediakan ruang kepada ahli Tunas dan Remaja PSSCM untuk menampilkan kreativiti melalui penghasilan video pendek dan poster digital yang mengangkat nilai-nilai murni, pembentukan karakter, jati diri dan semangat keperwiraan. Pertandingan ini juga menjadi medium untuk memperkenalkan pendidikan dan aktiviti Tunas serta Remaja PSSCM kepada masyarakat melalui penggunaan media digital yang positif, kreatif, beretika dan bertanggungjawab.
Pertandingan ini diurus dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Penganjur KWDTR 2026 bersama Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) PSSCM.
Tema Utama
“MEMBANGUN KARAKTER BERSAMA SILAT CEKAK MALAYSIA”
Karya yang dihasilkan hendaklah mengangkat sekurang-kurangnya satu daripada nilai berikut:
Silat Cekak Malaysia Anti Buli
Adab Berguru
Jujur dan Amanah
Integriti dalam Kehidupan
Hormat kepada Ibu Bapa
Hormat kepada Guru
Disiplin Membentuk Jati Diri
Persaudaraan dan Ukhuwah
Keberanian Menegakkan Kebenaran
Tanggungjawab sebagai Ahli Silat Cekak Malaysia
Semangat Keperwiraan Remaja
Pertandingan terbahagi kepada dua kategori utama:
A. Anugerah Video Tunas & Remaja PSSCM 2026
Platform: TikTok
B. Anugerah Poster Tunas & Remaja PSSCM 2026
Platform: Bebas
VIDEO
Tempat Pertama RM300 / Sijil Pencapaian (10 Sijil)
Tempat Kedua RM200 / Sijil Pencapaian (10 Sijil)
Tempat Ketiga RM100 / Sijil Pencapaian (10 Sijil)
POSTER
Tempat Pertama RM300 / Sijil Pencapaian (10 Sijil)
Tempat Kedua RM200 / Sijil Pencapaian (10 Sijil)
Tempat Ketiga RM100 / Sijil Pencapaian (10 Sijil)
Pertandingan terbuka kepada semua pasukan Tunas dan Remaja PSSCM yang menyertai KWDTR 2026 sahaja.
Setiap pasukan boleh menghantar:
Satu penyertaan video sahaja; atau
Satu penyertaan poster sahaja; atau
Kedua-dua penyertaan video dan poster
Penyertaan dibuat secara berkumpulan.
Karya hendaklah dihasilkan dengan penglibatan ahli Tunas dan/atau Remaja PSSCM.
Guru, jurulatih, ibu bapa atau penjaga boleh membantu dari aspek bimbingan, teknikal dan pengurusan, tetapi idea dan penghasilan utama karya hendaklah datang daripada peserta.
Setiap karya mestilah hasil asli peserta dan bukan merupakan karya yang pernah menyertai pertandingan lain.
Setiap penyertaan hendaklah merupakan karya yang dihasilkan khusus untuk pertandingan ini.
Patuhi garis panduan penghasilan video & garis panduan poster yang diberikan.
Pasukan yang ingin sertai pertandingan ini perlu menghantar hasil karya sebelum berakhirnya tarikh 27 September 2026.
Video mestilah berbentuk video pendek tidak melebihi 2 minit.
Format video: menegak (vertical).
Video hendaklah mempunyai kualiti visual dan audio yang jelas.
Video hendaklah dimuat naik ke TikTok. Akaun TikTok yang digunakan hendaklah ditetapkan kepada Public sepanjang tempoh penilaian.
Tidak dibenarkan menggunakan akaun TikTok peribadi. Peserta hendaklah menggunakan akaun rasmi TikTok kelas latihan atau akaun rasmi TikTok cawangan.
Video hendaklah menggunakan kapsyen yang bersesuaian dengan kandungan. Kapsyen hendaklah mengandungi hashtag: #KWDTR2026 #PSSCM
Video wajib memaparkan secara jelas: Logo rasmi KWDTR 2026; dan Logo rasmi PSSCM.
Logo hendaklah digunakan dalam bentuk yang asli dan tidak diubah bentuk, warna atau nisbahnya.
Kandungan video hendaklah berkaitan secara langsung dengan tema pertandingan dan sekurang-kurangnya satu nilai yang dibawa.
Penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI) dibenarkan sebagai alat bantu dalam menghasilkan karya, dengan syarat penggunaannya dilakukan secara kreatif, bertanggungjawab dan berkualiti serta hasil akhir disemak dan disunting oleh peserta.
Peserta hendaklah mengisytiharkan penggunaan AI semasa penghantaran karya dengan menyatakan secara ringkas:
Jenis AI yang digunakan, bahagian karya yang dibantu oleh AI.
Penggunaan AI; TIDAK memberikan markah tambahan atau penalti secara automatik.
Pihak penganjur berhak meminta peserta memberikan penerangan atau bukti proses penghasilan karya sekiranya terdapat keraguan berkaitan keaslian atau penggunaan AI.
Kandungan Video
Video boleh dihasilkan dalam apa-apa bentuk kreatif seperti lakonan, sketsa, dokumentari, temu bual, demonstrasi, animasi atau gabungan video dan grafik. Kandungan tidak semestinya memaparkan aksi silat, tetapi mestilah menyampaikan tema dan nilai yang dipilih dengan jelas, kreatif dan berkesan.
Etika Penghasilan Video
Penyertaan tidak dibenarkan mengandungi unsur lucah/tidak sopan, penghinaan, politik kepartian, keganasan yang melampau atau tidak sesuai dengan umur peserta, salah laku yang menggalakkan tindakan negatif, pelanggaran hak cipta, plagiat, maklumat palsu atau kandungan yang boleh mencemarkan nama baik PSSCM, KWDTR, KPM, IPGM atau mana-mana pihak berkaitan.
Penggambaran situasi seperti buli, konflik atau salah laku adalah dibenarkan sekiranya digunakan sebagai sebahagian daripada jalan cerita untuk menyampaikan mesej yang positif, mendidik dan jelas menolak perbuatan tersebut.
Poster hendaklah berbentuk potret dengan saiz: 1080 × 1350 piksel.
Format penghantaran:
PNG, atau
JPG/JPEG.
Poster boleh dihasilkan menggunakan apa-apa platform/aplikasi reka bentuk.
Poster mestilah hasil asli peserta.
Poster hendaklah mempunyai: Logo rasmi KWDTR 2026; dan Logo rasmi PSSCM.
Logo hendaklah digunakan dalam bentuk asal dan tidak boleh diubah suai.
Poster hendaklah mempunyai mesej yang jelas berdasarkan tema yang dipilih.
Hashtag #KWDTR2026 #PSSCM hendaklah disertakan dalam kapsyen/ruang penerangan semasa penghantaran.
Peserta hendaklah memilih SATU daripada tiga tema berikut:
ANTI BULI
“Silat Cekak Malaysia Membina Keberanian, Bukan Keganasan”
PERSAUDARAAN
“Bersama Membina Ukhuwah dan Persaudaraan dengan Perhalusi Adab Bersahabat”
HORMAT GURU, IBU & BAPA
“Hormat Guru, Ibu & Bapa Membentuk Peribadi”
Anugerah Video Tunas & Remaja Perwira PSSCM 2026 diharapkan dapat menjadi platform yang mampu menggabungkan pendidikan nilai, kreativiti digital dan promosi nilai positif dalam satu program yang berimpak tinggi.
Melalui pertandingan ini, ahli-ahli Tunas dan Remaja bukan sahaja berpeluang menghasilkan kandungan kreatif yang berkualiti, malah dapat menyebarkan nilai-nilai murni sebagai duta kecil Silat Cekak Malaysia kepada masyarakat.
Semoga program ini dapat menyumbang kepada usaha melahirkan generasi pewaris yang berilmu, beradab, berintegriti dan berjiwa perwira selaras dengan Aspirasi Pendidikan Negara.
“MEMBANGUN KARAKTER BERSAMA SILAT CEKAK MALAYSIA”
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Abby Hazrin: +60 17-307 6277
Syukri Mohidin: +60 12-637 7823
Taufiq Aziz: +60 13-576 5037